Tuesday 20 May 2014

Dekorasi Tandas SKMA

Sekolah Kebangsaan Mata Ayer mempunyai 7 buah tandas dan setiap satu mempunyai tema yang berlainan.  Di antaranya ialah Klasik Melayu , Ala Inggeris, Lautan Biru, 'Rose Garden' ,'Sunflower' , Flora dan Fauna dan Mini Zoo.

1.   Klasik Melayu



2.    Ala Inggeris






3.    Lautan Biru



4.    'Rose Garden'









5.    'Sunflower'



6.    Flora dan Fauna








7.    Mini Zoo












Tuesday 6 May 2014

Koleksi Doa Masuk dan Keluar Tandas




Pelbagai Koleksi Doa Masuk dan Keluar Tandas yang boleh anda buat salinan dan liminit untuk ditampalkan pada bahagian pintu masuk tandas. Anda boleh buat carian yang pelbagai jenis dan cantik-cantik belaka pada image.

Monday 5 May 2014

Pemantauan Akhir Tandas Bersih 1 Malaysia

Pemantauan akhir Pertandingan Tandas Bersih 1 Malaysia berlangsung pada  8 Oktober 2013.  Di antara panel-panel yang terlibat ialah:

     1.  Pn. Mazwin bt. Mohamad                                                                                        
         Timbalan Pengarah
          Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

     2. En.Amiruddin Bain 
         Juruteknik Tertinggi   
          Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA)  

     3.   Tn. Mohd. Nahar b. Ku Hussein                                                                
           Penolong Pengarah Kesihatan Persekitaran 
           Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.   

Sedikit kenangan sepanjang kehadiran dan pemantauan mereka.

 Pn. Che Ragmah, Guru Besar SK Mata Ayer mengiringi rombongan panel juri memantau tandas-tandas SKMA.


En. Amiruddin b. Bain (kiri) bersama dengan Tn. Hj. Ishak (wakil JPN Kelantan).
Pn. Mazwin (ketua juri) bersama panel juri sedang membuat pemantauan.


Sunday 4 May 2014

Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia

Pencapaian dan kejayaan Sekolah Kebangsaan Mata Ayer dalam Pertandingan Tandas Bersih 2012 di peringkat kebangsaan telah membolehkan sekolah ini dicalonkan sekali lagi untuk memasuki Pertandingan Anugerah Tandas  Bersih 1 Malaysia bagi tahun 2013 .  Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pelbagai perancangan dan penambahbaikan telah diatur bagi menepati kehendak dan kesesuaian dengan pertandingan tersebut.   Item-item "1 Malaysia" ditonjolkan melalui mural, sepanduk-sepanduk, banting dan sebagainya.






Sepanduk-sepanduk yang memaparkan program-program yang berfokuskan rakyat di dalam Inisiatif 1 Malaysia disediakan di dalam setiap tandas (7 tandas) .  Ia juga merupakan satu pendedahan untuk pengetahuan murid-murid tentang konsep 1 Malaysia . 

Sunday 27 April 2014

Pencapaian Tandas SKMA 2012

Syukur alhamdulillah..Sekolah Kebangsaan Mata Ayer telah memenangi tempat ke 4 dalam Pertandingan Anugerah Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan 2012. Pencapaian tersebut amat membanggakan kami memandangkan sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar, gred B  yang serba kekurangan terutama kekangan kewangan berbanding sekolah-sekolah yang memenanginya adalah sekolah elit.  Tapi berkat usaha dan sokongan semua warga SKMA dan sokongan padu komuniti, kami bangkit dengan usaha yang gigih serta semangat yang jitu demi meningkatkan pencapaian Sekolah Kebangsaan Mata Ayer.

Wednesday 7 November 2012

Pemantauan Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan Mata Ayer telah melalui Pemantauan Peringkat Kebangsaan pusingan akhir bagi Pertandingan Tandas Bersih 2012 pada 4 Oktober 2012.  Seramai 3 orang panel hakim yang terlibat iaitu En. Mohd. Ariffin b. Abdullah, Tn. Hj. Hassan b. Hamzah dan En. Mohd Hafiz b. Mohd Azmi.  Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Transformasi Kedua

Inilah transformasi kedua..................

Transormasi peringkat ke dua melibatkan  keceriaan yang lebih tertumpu pada tandas-tandas di aras 2 dan 3 .  Begitu juga dengan bahagian luaran  tandas dan perkarangan laluan berbumbung.  Kebersihan secara menyeluruh  paling diutamakan.   Ini semua hasil usaha yang dilakukan oleh semua  warga Sekolah Kebangsaan Mata Ayer dengan sedaya upaya yang boleh kami lakukan .  Hasil kerjasama dari keringat guru, murid, pekerja sekolah, komuniti dan sebagainya...inilah hasilnya......