Sunday 27 April 2014

Pencapaian Tandas SKMA 2012

Syukur alhamdulillah..Sekolah Kebangsaan Mata Ayer telah memenangi tempat ke 4 dalam Pertandingan Anugerah Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan 2012. Pencapaian tersebut amat membanggakan kami memandangkan sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar, gred B  yang serba kekurangan terutama kekangan kewangan berbanding sekolah-sekolah yang memenanginya adalah sekolah elit.  Tapi berkat usaha dan sokongan semua warga SKMA dan sokongan padu komuniti, kami bangkit dengan usaha yang gigih serta semangat yang jitu demi meningkatkan pencapaian Sekolah Kebangsaan Mata Ayer.