September 2012. Sekolah Kebangsaan Mata Ayer akhirnya diwar-warkan sebagai JOHAN TANDAS BERSIH, Kategori Sekolah Rendah, negeri Kelantan. Satu majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 23 September 2012, bertempat di Sekolah Menengah Datuk Ismail, Pasir Puteh, Kelantan yang juga menjadi Johan Tandas Bersih , Kategori Sekolah Menengah bagi negeri Kelantan, 2012. Majlis telah dirasmikan oleh YABrs. Tn. Hj. Hussain b. Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan.
Rentetan Majlis Anugerah Tandas Bersih 2012;
Ybrs Tuan Guru Besar, Pn. Che Ragmah bt. Mustapaha sedang membentangkan tajuk Transformasi Tandas SKMA.
Ucapan perasmian oleh YABrs. Tn. Hj. Hussain b. Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan. |
Penyampaian replika cek Anugerah Johan Pertandingan Tandas Bersih Negeri Kelantan 2012 oleh Pengarah Pelajaran Kelantan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mata Ayer, Machang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment